Pages

SLOVENIA NEGARA TERKECIL DI EROPAH TIMUR

KEMBARA  KE-SLOVENIA - SELATAN TIMUR EROPAH
Ljubijana adalah ibukota negara slovenia, sebuah bandarraya yang serderhana besarnya. Tiada kesesakan dari deruman kenderaan tetapi menyimpan pelbagai kejutan dari lipatan sejarah yang tidak ramai yang tahu. Kerana negara2 Balkan ini pernah dijajah oleh puak2 sosialis yang cendrung kepada komunisma.


Lapangan Terbang Ljubijana, Slovenia

Slovenia dikategorikan sebagai antara negara yang paling bersih di dunia. Slovenia menjadi pilihan utama ketika musim sejuk bagi mereka yang  duduk di benua Eropah. Musim sejuk atau winter yang segar -tidak terlampau  sejuk dengan kemudahan bermain ski yang terdapat disini dan pemandangan yang cantik lagi indah. Slovenia yang masih tulen dengan tradisi Eropah dan karekter nya. Slovenia juga menjadi tumpuan bangsa Eropah dari bahagian timur seperti Hungary, Austria,Romania,Jerman dan lain2 pada musim panas. Kerana cuaca dan susana panas yang tidak melampau juga rasa segar laut Mediteranee yang dekat dengan Slovenia. Slovenia amat terkenal dengan tradisi Slav yang kaya, negara yang menetik beratkan kelestarian alam sekitar, kreativiti raayat nya , budaya dan kehijaun keliling yang terus di utamakan.

Slovenia dikategorikan sebagai antara negara yang paling bersih di dunia. Slovenia menjadi pilihan utama ketika musim sejuk bagi mereka yang duduk di benua Eropah. Musim sejuk atau winter yang segar -tidak terlampau sejuk dengan kemudahan bermain ski yang terdapat disini dan pemandangan yang cantik lagi indah. Slovenia yang masih tulen dengan tradisi Eropah dan karekter nya. Slovenia juga menjadi tumpuan bangsa Eropah dari bahagian timur seperti Hungary, Austria,Romania,Jerman dan lain2 pada musim panas. Kerana cuaca dan susana panas yang tidak melampau juga rasa segar laut Mediteranee yang dekat dengan Slovenia. Slovenia amat terkenal dengan tradisi Slav yang kaya, negara yang menetik beratkan kelestarian alam sekitar, kreativiti raayat nya , budaya dan kehijaun keliling yang terus di utamakan.





















































Ljubljana sebuah bandar yang cantik,bersih dan tersusub terus memelihara tradisi lama, dijajah hampir 500 tahun, senibina penjajah terus di pelihara dan bangunan lama di baikpulih dan di menafaatkan. Kesan2 sejarah tinggalan Empayar Roman di “City of Emona dan juga bangunan Roman ditengah bandar Ljubljana termasuk istana zaman medieval atau zaman pertengahan Eropah dengan arkitektur indah bentuk paparan “Baroque”, tiang dan gerbang2 yang diukir indah dan bumbung yang berbagai bentuk dan rupa. Senibina yang signifikan adalah leparan atau hiasan=hiasan mosaik Ljubijana yang menghiasi jambatan2 bersejarah mereka yang merentasi sungai Ljubljanica juga taman Tivolli yang merentasi sehingga ke bahagian tengah bandar Ljubljana . Senibina yang di ilhamkan oleh begitu ramai pereka bentuk dan arkitek terbilang seperti Joze Plecnik, yang meninggalkan tanda keseniannya di bandar Ljubljana Banyak lagi bangunan yang direka bentuk Plecnik di sekitar bandar Ljubljana. Kerajaan Slovenia terus mendidik raayat dan para akitektur memelihara unsur tardisi dalam pembanguna negera mereka.

Bandaraya Budaya


Tasik Bled , belatar belakang Jajaran Alpine bersalji , berhampiran Bandar Ljubijana.

Bandar Ljubljana's dikelilingi dengan keindahan alam semula jadi yang terus dipelihara. Berbagai budaya dan keseniaan terus segar kerana latar belakang negara yang telah menempuh zaman penjajahan yang agak lama, sejarah yang melingkari kewujudan negara itu sendiri memberi kekayaan dalam budaya dan kesenian. Ini melibatkan senibudaya yang merentasi banyak zaman. Begitu juga dengan makanan yang melambangkan tradisi dan keunikan budaya yang mereka lalui. Slovenia sebuah negara yang kini telah merdeka adalah antara negara yang paling kecil di Eropah Timur. Mempunyai penduduk sekitar kurang dari 2 juta orang. Kita boleh melihat kepelbagaian Slovenia dan Ljubljana dalam satu atau dua hari saja. Kita boleh mengalami keindahan pantai di Slovenia dan kesegaran bunga-bungaan dan tumbuhan di gunung Alpine di bahagia utara nya. Ljubljana adalah sebuah bandaraya Alpen yang masih mengekalkan tradisi bangsa Eropah tua, dari bangsa Slav..


Tasik Bohinj berhampiran Bandar Ljubijana



Luar Bandar Slovenia

Ada banyak tasik Alpen yang indah di Slovenia - seperti Tasik Bled dan Tasik Bohinj dan Tasik Cerknica. Tasik Bled antara Tasik yang paling ramai dikunjungi pelancung, kerana Istama lama yang terletak ditepian tasik dan juga pulau kecil di tengah2 tasik.


Kami makan di Restoren ni.

Tasik Bled terus dipelihara dan diuruskan dengan baik, tiada bot berenjin dibenarkan berada di dalam Tasik. Memancing hanya pada waktu2 tertentu, dan kita akan terpegun dengan keindahan Tasik Bled berlatar belakang, gunung Alpen yang diliputi salji...di tepian Tasik terdapat rumah2 peranginan dan hotel2 sederhana juga “homestay” yang akan penuh bila tiba musim panas. Bandar kecil Bled umpama sebuah pekan kecil yang bersih dan nyaman sesuai dengan tempatnya sebagai sebuah resort atau pusat rekreasi yang indah. Kedamaian dan keindahan semula jadi menjadikan Tasik Bled dan kawasan sekitarnya tempat istirehat dan beriadah dikalangan pelancung dan juga rakyat Slovenia.



Bandar kecil Bled

Luar Bandar Slovenia

Di tepian Tasik Bled juga terdapat sebuah rumah besar atau 'mansion” juga Istana yang dulu menjadi kediaman musim panas Presiden Tito yang menjadi pemerintahan tertinggi negara Yugoslavia.

 Sedikit Sejarah Negara2 di Balkan.

 Sedikit ulasan tentang negara2 Balkan ini. Ada di antara kita yang pernah mendengar tentang Presiden Tito dan negara Yugoslavia. Yugoslavia yang rata2 majoriti nya adalah bangsa Slav terdiri dari pelbagai keturunan dan ethnik juga agama dari kawasan – atau daerah2 yang berklainan. Negara2 itu yang kita kenali sebagai, Slovenia, Croatia, Bosnia Herzagovina, Montenegero, Kosovo, Serbia, Chenchya Mercedonia dan juga Albania. Negara2 ini dulunya di bawah kesatuan negara Yugoslavia. Selepas General Tito mati, mulalah berlaku perpecahan diantara suku2 kaum dan ethnik. Kita masih ingat peperangan dahsyat antara Serbia, Croatia dan Bosnia, peperangan Chenchya ,kosovo yang mengorbanan puluhan rakyat yang tidak berdosa. Konflik perang saudara yang begitu lama yang kemudian menyaksikan bagaimana Yugoslavia yang dulu sebuah Republik yang kuat hancur bila tiada lagi pemimpin yang berwibawa dikalangan mereka.


Menuju ke Restoren

Tercetusnya perperangan saudara ini kita menyaksikan, munculnya negara2 baru seperti di atas.

Agama

Slovenia yang majoritinya menganut agama kristian ortodok,dan terdapat juga yang beragama Islam di sekitar Ljubljana's.

Croatia juga rakyatnya menganut agama kristian ortodok dan sebilangan umat Islam ada di bandaraya Zagreb ibu negaranya.

Bosnia Herzagovina – hampir 70 peratus beragama Islam yang dibawa masuk oleh bangsa Turki .

Sekitaran Tasik Bled


Montenegero, majoriti beragama kristian ortodok dan ramai juga orang Islam di sekitar bandar Kotor dan Budva.

Albania – hampir 80% umat Islam mendiami negara ini yang bersempadan dengan Greece. Namun pengaruh Turki masih kuat di negara ini. Begitu juga dengan Kosovo dan Chenchya.


















No comments:

Post a Comment