Pages

PALESTINE - JEJAK KENANGAN




KEMBARA BERSAMA SAFIRGOTRAVEL.COM 

Sekitaran sebuah kampung saudara Palestine di pinggiran Hebron atau Al Khalili. Inilah mungkin daerah yang dikenali juga sebagai daerah kelahiran Nabi Ibrahim AS.Kehidupan yang terus daif yang dialami saudara kita di Palestine terus berkelana disini. Setelah tanah pusaka di rampas Yahudi Zionis, kehidupan terus tersisih sehingga kini. Anak2 Palestine mengembala ternakan keluarga, tanpa ada kesempatan untuk menimba ilmu disekolah yang sepatut mereka berada.
Palestine, dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala pada sekian kali saya menjejaki bumi para ambiya dengan penuh kesyukuran  serta keinsafan dalam meniti kehidupan yang sebentar cuma di dunia yang fana ini. Perjalanan dan kembara dibumi Allah Subhanahu Wata'ala  ini memberi saya meniti kehidupan ini dengan lebih bermakna dan rasa kecilnya diri ini malah tiada ada nilai pun di sisi NYA, hanya rasa kesedaran yang penuh keinsafan betapa hidup ini memang sementara. Inilah cara juga kemungkinan diizin Allah Subhanahu Wata'ala untuk saya lebih mendekati NYA.
Sesungguhnya kejadian dan apa juga mehnah dan tribulasi yang berlaku dikeliling adalah petunjuk serta amaran buat kita yang masih punya waktu diberi peluang bernafas supaya jantung terus berdenyut, agar jasad terus dapat bergerak. 
Disini menginsafi akan benarnya firman  Allah Subhanahu Wata'ala dan hadis Rasul Junjungan dimana kita umat akhir zaman akan dapat menyaksikan kebenaran akan kezaliman, kerosakan yang akan mendatangi umat Islam dari semua sudut kehidupan.
Manusia yang diciptakan akan hilang rasa kemanusian,rasa kasih sayang dan jauhnya mereka dari sifat insan sebenar. Malah nanti ada dikalangan umat Muhammad Salallah alahi Wassallam yang dikatakan beriman akan terus hanyut dalam keberadaan hidup yang mementingkan dunia semata.
Sikap mementingkan diri sendiri, tangan yang berat untuk membantu dan memberi sedekah. Hati yang keras, keras sekali untuk memberi kemaafan sesama saudara seagama.
Mudah memutuskan silaturrahim dan payah mengekal sillaturahim.
"Setiap muslimin itu bersaudara" jarang sekali menjadi hujah buat menguatkan perpaduan sesama ummah. Kepentingan kelompok dan kuasa menjadi penghalang buat menerima ketentuan dari  Allah Subhanahu Wata'ala.
Saya rasa begitu pilu dengan sekitaran dan kehidupan saudara kita di Palestin ini. Mereka rata-rata adalah dari susur galur bangsa Arab, yang sekalian lama menduduki kawasan ini ribuan tahun dahulu. Sayangnya mengapa mereka terus meniti kehidupan yang begitu getir yang hampir satu dekad. Dimanakah rasa sedih dan hiba dari mereka yang sebangsa dan seagama dengan mereka.
Ada dikalangan bangsa mereka yang terlalu kaya raya, penuh dengan kemewahan yang melimpah ruah...Arab Saudi dan negara Arab yang lain..yang pasti mereka yang kaya terus hanyut dengan kedunia-an, yang lain sedang bergelut dengan masaalah dalaman.
Lihat sahaja Mesir, Syria, Iraq, Libya dan lain2 nya. Ini mungkin ketetapan Allah Subhanahu Wata'ala kerana sikap mereka sendiri yang semakin jauh dari syariat Allah Subhanahu Wata'ala.
Sedang dunia barat, Eropah dan benua Amerika semakin ramai manusia yang kembali kepada fitrah  Allah Subhanahu Wata'ala, di timur tengah ini terus dilanda kemelut serta tribulasi yang mencacatkan cermin Islam itu sendiri.Begitu mudah mereka di perkotak - katikan oleh Yahudi Zionist dan manusia kafir dikalangan kuasa besar.
Fitnah akhir zaman telah bermula sekian lama sejak akhir kurun 18 lagi. Namun mereka yang berkuasa dikalangan negara Islam terus lena dibuai kemewahan dan kuasa. Setelah khalifah Islam yang terkahir dirobek Yahudi Zionist yang ber proksikan British, Amerika dan pemerintahan Islam yang bersekongkol sama, kita umat Islam terus dalam ketandusan arah. Tiada kesatuan tiada lagi mesyuarah dikalangan umat Islam di dunia.
Ketempangan dan lumpuhnya peranan kesatuan Islam seperti OIC dan Liga Arab begitu ketara. Masing terus mementingkan agenda sendiri. Sebenarnya ini lah  "Assobiyah" yang di kutuk Allah Subhanahu Wata'ala. Sikap dan perangai jahiliah yang mula meresapi bangsa Arab membuatkan kita begitu kecewa. Sikap mementing kabilah dan diri sendiri menjadi keutamaan.Saudara semuslim sejagat tidak lagi di peduli.
Lihat sahaja kemewahan yang mereka kecapi, pembaziran dan maksiat yang mereka lakukan seperti tiada lagi sifat muslimin yang di anjurkan Rasul Junjungan.


Maqam Abdullah Ibnu Masud (Keterangan: Erti Maqam dikalangan bangsa Arab ada banyak makna, kita jangan keliru dan jangan pula bersengketa. Maqam boleh di ertikan sebagai tempat sebenarnya jenazahnya disemadikan,juga sebagai tempat dimana beliau pernah datang dan menduduki tempat itu, pada waktu yang lama atau juga sebentar. Mengikut riwayat dan sejarah Islam Abdullah Ibnu Mas'ud dilahirkan di Kufah Iraq dan beliau wafat pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman ibnu Affan dan disemadikan di Baqi, Madinah al Munawarrah. Abdullah Ibnu Mas'ud antara sahabat yang paling rapat dengan Rasul Junjungan. Seorang ahli Qura' yang tiada tolok bandingnya- bila mendatangi maqam sebegini, jangan melakukan perkara yang kurafat-kita hanya memohon apa sahaja hanya kepada Allah Subhanahu Wata'ala.)
 Astagfirullah!! jauh sekali saya tersasar dari tujuan asal saya menulis tentang Palestin...geram mungkin, sedih mungkin juga...tapi siapalah saya..namun jihad kecil buat saya meluahkan rasa sedih dan pilu dihati...bila melihat penderitaan yang dilalui sekian lama oleh saudara seagama dibumi Palestin.
Kami terus menyelusuri jalan penuh liku dan batu kerikil dikampung terasing ini.Kesempatan berziarah ke sebuah maqam seorang sahabat Nabi Salallahu alaihi Wasallam - Abdullah Ibnu Ma'sud Radiullahu'an. Terlalu banyak kisah tentang sahabat Rasul Junjungan yang mulia ini. 
Seharus kalau kita bercita -cita mencontohi beliau, selalulah membaca kisah-kisah tentang Abdullah Ibnu Mas'ud RA.

Ini sepohon pokok zaitun yang berusia ratusan malah mungkin ribuan tahun berhampiran maqam Abdullah ibnu Mas'ud RA,Wallahualam.
Lagi satu sudut pandangan Maqam Abdullah ibnu Mas'ud
 Selepas menjejaki sekitar kampung Palestin didaerah pendalam Hebron atau Al Khalili ini kami akan terus ke bandar Hebron bahagian yang masih diduduki oleh saudara kita Palestin. Hebron adalah daerah yang dulu rata-rata diduduki oleh Palestin bersama bangsa Yahudi dan kristian yang bernaung dibawah pemerintahan Islam, aman dan damai untuk sekian lama sebelum penghijrahan Yahudi Zionist ke tanah air Palestin.
Sedih dan hiba sekali lagi meruntun hati dan jiwa ini. Betapa daif dan mundurnya sekitaran dan kediaman mereka. Keadaan amat berbeza jika dibandingkan dengan kawasan penempatan Yahudi Zionist yang jauh lebih maju dengan infrastruktur yang moden juga kawasan perumahan yang indah-indah. Itulah kawasan yang dirampas secara zalim dari penduduk Palestin. Itulah keadaan yang sebenar berlaku di Palestin. Perampasan tanah yang terancang terus berlaku secara sistematik. Setiap sempadan dengan penempatan yang dijajah dikawal ketat oleh IDF samaada dengan pembinaan tembuk tinggi atau jaringan pagar berduri dengan dikawal selia pada setiap waktu oleh penganas IDF. Yang pasti raayat Palestin tidak dibenar sama sekali memasuki kawasan penempatan haram yahudi zionist ini.

Inilah daifnya sebuah sekolah untuk anak-anak Plaestine.Bangunan lama sebuah rumah yang ditinggalkan warga Palestin yang mungkin telah berhijrah ketempat lain.Disinilah anak-anak Palestin menimba sedikit ilmu, dan terus bertahan ditanah tumpah darah tingalan nenek moyang mereka. Cekal dan terus mempertahankan hak cara mereka sendiri.
Kalau ada diantara kita yang berkesempatan berkunjung kesini. Ini adalah kedai koperasi penduduk Palestin di Hebron. Mereka mengumpulkan hasil kerja tangan penduduk miskin Palestin dan menjualnya di koperasi ini. Terletak dikawasan daif ini juga. Untuk mereka membuka kedai koperasi disekitar bandar Hebron atau Jurusalem memang sukar. Semuanya dikawal selia penganas yahudi zionist.


 Kami terus menjejaki jalan-jalan usang di bahagian penempatan raayat Palestine dengan penuh hati-hati, kerana hampir disetiap sudut ada sahaja penganas IDF berdiri lengkap bersenjata canggih memerhatikan gerak-geri kami.
Tiada siapa yang boleh menafikan akan kedaifan dan bagaimana tertekannya penduduk Palestin ini.Tanah air dirampas oleh pendatang ganas yahudi zionist. Hidup cuma sekadar mampu, namun hati tersentuh dengan kesungguhan juga semangat mereka mempertahankan ibu pertiwi,jiwa derita yang begitu lama dialami menjadikan mereka begitu "total" penyerahan kepada Allah Azza Wajalla.
Inilah sekitaran kediaman penduduk Palestin didaerah Hebron atau Al Khalili ini. Bangunan kediaman yang usang,mungkin dibina sebelum penjajahan penganas yahudi zionist. Kelihatan pos-pos penganas IDF dan nun di hujung kelihatan penganas IDF memerhatikan gerak-geri kami dari jauh...
Kematian bukan sesuatu yang perlu digeruni lagi...pilihan hanya terus menentang dan mempertahankan hak atau mati syahid mempertahankan agama dan ibu pertiwi.
Begitu istiqamah matlamat kehidupan bagi saudara ku di Palestin ini....SubhanaAllah!!!


Ini lagi rumah kediaman raayat yang di tindas yahudi zionist disekitaran penempatan Palestin di Hebron. Mungkin telah dibina pada masa Palestin masih aman dahulu,mungkin juga bangunan lama perniagaan yang telah lama ditinggalkan dan kini menjadi tempat bertumpang teduh raayat Palestin yang dirampas tanah dan rumah mereka. Hakikatnya itulah yang berlaku secara sistematik oleh penganas yahudi zionist menghalau dan merampas tanah raayat Palestin diluar daerah Hebron. Mereka berpindah kekawasan sebegini, menduduki bangunan-bangunan lama yang ditinggalkan.

 Ini pengalaman saya menjejaki kawasan yang daif di Hebron. Kisah benar dizaman yang dikatakan manusia telah kemuncak tamadunnya.
Namun benar juga kata-kata orang bijak pandai:
"tiada manusia dikalangan malaikat juga tiada manusia dikalangan syaitan, tetapi ada syaitan dan malaikat dikalangan manusia"
Di bumi ini jelas sudah benarnya ungkapan itu:
 "yahudi zionist adalah syaitan dikalangan manusia "

Semoga pengalaman ini akan terus menjadi panduan buat saya meniti kehidupan yang sementara didunia. Juga kepada semua yang membaca nukilan yang tidak seberapa ini dapat mendalami akan arti "saudara seagama" sebagai ummah ini diumpamakan Rasul Junjungan dengan sabda baginda: "Semua muslimin bersaudara- bagai dicubit peha kiri, peha kanan terasa juga"
Kalau direnungkan lagi..apalah gunanya kita sebangsa dan seagama berpecah belah dan bercerai berai...jangan "hubud dunya", gila kuasa dan kepentingan puak dan kelompok menjadikan kita lemah dan tidak bermaya.

Pada saat dan ketika ini Palestin terus diserang oleh penganas juga syaitan berwajah manusia. GAZA terus dibom dan musnahkan tanpa sedikit jiwa kemanusiaan.
Manusia apakah yahudi zionist ini??? 
Berdoalah untuk saudara kita di GAZA.

 

No comments:

Post a Comment