Pages

Petra- Jordan "Asbab Al Hijr"

KEMBARA BERSAMA SAFIRGOTRAVEL.COM

ASBAB AL-HIJR

Kaum Thasmud adalah kisah satu  bangsa yang begitu jelas disebut didalam Kitab Al Quran. Selain Al Quran penemuan sejarah juga membuktikan kebenaran yang dikhabarkan didalam Al Quran sebagai satu kaum yang pernah wujud ribuan tahun dahulu. Adalah di-yakini Al Hijr yang dinukilkan Allah SWT didalam Kitab Suci Al Quran adalah kaum yang di-nisbahkan sebagai kaum Thamud. Selain kaum Thamud kaum ini dikenali juga sebagai "Asbab Al Hijr"

Muzium Khazanah Petra,Jordan yang masih dalam pembinaan.


Mungkin Thamud adalah nama seseorang yang menjadi panggilan kaum itu dan Al Hijr sebagai satu kawasan penempatan manusia. Kerana Al Quran  menyatakan Al Hijr adalah juga kaum Thamud yang telah wujud ribuan tahun dahulu. Sebagaimana yang di gariskan oleh Ahli Geography Greek, Pliny dimana beliau menulis kaum Thamud ini menduduki kawasan Demotha dan Hegra yang kini dipanggil Al_Hijr atau Petra.
 
Tetapi walau bagaimana pun sejarah yang paling tua sebagai rujukan kaum Thamud adalah dari rekod Empayar Kerajaan Babylon. Kerajaan Babylon dibawah pimpinan Raja Sargon ll mengalahkan kaum Thamud ini pada kurun ke-8 B.C atau sebelum masehi, Raja Sargon ll telah mengalahkan mereka dalam peperangan di Utara Semenanjung Tanah Arab

Kawasan ruang dalam pintu masuk ke Lembah Petra,Jordan

Ahli geography dan sejarah serta filosof Greel seperti Aristotle,Ptolemy dan juga Pliny mengelarkan kaum ini "Thamudaei".
Yang pastinya Allah SWT telah menukilkan didalam Al Quran bagaimana kaum Thamud telah dilenyapkan hingga tiada lagi kaum ini. Kaum Thamud yang dimurkai oleh Allah SWT telah lama  lenyap sebelum kedatangan Rasulullah SAW.
Sebagaimana yang diceritakan didalam Al Quran dimana Al Hijr tidak mengikut ajaran Nabi yang diutuskan kepada mereka. 

Sebahagian dari ahli rombongan yang telah sampai di"Al Khazanah"

"Kerana mereka bagitu bangga dengan tamadun dan harta mereka dengan rumah serta bangunan yang mereka dirikan dari tebukan gunung batu batan yang mereka nyatakan begitu kukuh dan berasa selamat daripada apa juga bencana. Mereka memalingkan muka mereka dari suruhan Nabi yang diutuskan. Kerana sikap sombong mereka, Allah SWT mengegarkan negeri mereka dengan gegaran yang amat dahsyat, tiada apa yang dapat menolong mereka, bangunan kukuh tidak ada ertinya, maka Allah SWT datangkan bencana itu dipagi hari sehingga lenyaplah kaum tersebut" 
(Al Quran 1580 -84)


Kita akan dapat melihat tinggalan kaum Thamud serpihan dan ukiran batu batan yang terdapat  di Lembah Rum, Jordan atau kini lebih dikenali sebagai Petra. Malah Al Quran juga menukilkan akan keahlian dan kepandaian kaum Thamud dalam seni ukiran serta pahatan batu batan.


Ruang legar di hadapan bangunan "Al Khazanah"
(Nabi Salleh AS berkata kepada kaumnya (Thamud) ), "Ingatkah bila Allah SWT memilih kamu (Kaum Thamud) mengantikan kaum Ad dan membenarkan kamu hidup ditanah itu, kamu membina istana didataran, mengukir serta membina rumah kamu dilereng gunung dengan menebuknya, Ingatkah kamu akan Rahmat Allah SWT dan janganlah kamu merosakankan bumi ini" (Al Quran,774)

"Kaum Thamud tidak mengendahkan ingatan dan ajaran Nabi mereka, Kami, (Allah SWT) memberikan tanda kebesaran kepada mereka, tetapi mereka memalingkan muka mereka. Mereka begitu bangga dengan rumah yang diukir kukuh dari tebukan gunung-ganang batu dan merasa selamat dan kuat, namun Allah SWT datangkan gegaran yang dahsyat, maka hilang juga lenyaplah segalanya, dimana segala kebanggan harta lenyap dan tidak berguna kepada mereka" (Al Quran 15.80-84)

Sebahagian ahli rombongan Malaysia yang sampai ke sini.
Pada masa sekarang Petra terletak  disatu kawasan gunung-ganang yang kalau diamatai amat sukar dikunjungi malah agak terpencil dilembah Jordan yang menghubungi Telok Aqaba dan Laut Mati. Disini terletaknya sebuah kota purba yang kini dinamakan sebagai Petra. Menjadi tempat penemuan arkeoloji yang paling dikenali didalam dunia dewasa ini. Petra yang bermaksud "the rock" dalam bahasa Greek adalah sebuah kota necropolis yang terdapat kuil-kuil dan makam-makam yang ditebuk pada dinding batuan gunung-ganang yang berwarna, merah,merah jambu dan batu pasir berwarna oren.


Menkagumi setiap laluan di Petra, Jordan
Pada zaman awal tamadun manusia dikenali sebuah pusat perdagangan, pusat melakukan upacara-upacara bagi budaya Nabatean berkurun lamanya sebelum kedatangan Nabi Isa AS dan sesudah Nabi Isa di utuskan. Petra telah menjalani pengalian Arkeologi sehingga hari ini. Penemuan kediaman yang ditebuk didalam gunung ganang batuan menemukan kediaman dari zaman "Upper Paleothic" yang berusia 10,000 tahun sebelum kedatangan Nabi Isa AS juga penempatan Neolithic dari tahun millennium ke7 sebelum kedatangan Nabi Isa AS.
Malah bukti pengalian Arkeoloji membuktikan adanya nya tamadun silam pada zaman Chalcolithic juga pembinaan kediaman zaman "tembaga" masih belum diketemukan. Kawasan Petra ini sekali lagi ditakluki pada zaman "Besi" sekitar 1200 tahun sebelum masehi -atau kedatangan Nabi Isa AS, budaya Edomite yang terdapat pada kitab Perjanjian Lama (Dimana Edom bermakna merah, juga nama diberi didalam kitab perjanjian  lama pada kawasan yang terletak di Timur Tengah).

Mendapat maklumat sejarah kota Kaum Thamud
Pada abad ke 6 - 4 sebelum Masehi (sebelum kedatangan Nabi Isa AS) kaum kuno Arab Nabateans, adalah puak nomadik yang menduduki bahagian barat-utara semenanjung Arab. Mereka memasuki kawasan Petra dilembah Jordan ini secara beransur-ansur sebelum menguasainya dari kaum Edomites. Ini kerana puak Nabatean terdapat dalam catatan sejarah pemerintahan Raja Assyria pada tahun 647 sebelum masehi sebagai musuh pemerintahannya. Pada ma

sa itu kawasan didaerah Petra ini masih dibawah kuasa puak Edomite.

Berehat diruang hadapan kota khazanah -Kaum Thamud
Ada beberapa perkara dan alasan mengapa  Petra dipilih sebagai pusat serta ibu negeri puak Nabatean. Sebahagian dari alasannya adalah kerana keagamaan, ekonomi dan lain lagi. Yang pastinya Petra bermula dari Wadi Musa atau Lembah Musa AS, dan kawasan ini dipercayai Nabi Musa AS memukul tanah batunya dimana terpancar air.(Ini juga dikisahkan bagaimana Nabi Musa AS, dengan kaumnya Bani Israel melarikan diri dari Firaun sehingga kedegilan Bani Israel membuatkan Nabi Musa AS memukul tongkatnya, kerana sikap tidak sabarnya Bani Israel itu.)
Jadi kawasan behampiran Petra ini, juga menjadi tempat suci kaum Nabateans sebagai penempatan tuhan mereka yang digelar Dushara.

Para Pelancung yang memenuhi ruang halaman Al Khazanah
Lembah Petra akan menemukan kita tinggalan kuil El Deir , tinggalan kaum Nabateans, yang menandakan Petra menjadi pusat pemerintahan mereka kerana selain sebagai sebuah kota yang kukuh juga sebagai kawasan yang mendapat bekalan air yang baik dari Wadi Musa. Kawasan yang subur dan tanah pamah yang penting untuk ternakan juga Petra terletak berhampiran dengan laluan khafilah-khafilah dagang. Pusat kaum Nabateans begitu hampir dengan persimpangan laluan dagangan, seperti laluan sutera dan rempah. Laluan ini amat terkenal pada masa itu, terletak hanya sekitar 20 kilometers dari kota Petra.
Dua persimpangan dan laluan terpenting ini adalah laluan sutera dan rempah dari Teluk Persia membawa dagangan dari India dan Cina ke kawasan laut Mediterani dan juga laluan laut merah ke Syria atau Damacus semasa pemerintahan Roms dan Greeks. 
Pelancung Malaysia berehat di lowongan batu batan Petra,Jordan
Pada zaman awal pendudukan kaum Nabateans mereka beperanan sebagai penyamun dan perompak para pedagang-pedagang atau khafilah-khafilah, setelah menjadi lebih kuat mereka menjadikan laluan itu sebagai sumber kewangan pusat negara Nabateans dimana cukai juga bayaran tol dikenakan kepada khafilah dagang yang melalui laluan tersebut dan menjamin keselamatan pedagang-pedagang yang melalui kawasan itu.
Pada abad 3 dan 2 sebelum Masehi, kota Petra terus membangun,kaya dan pusat dagangan khafilah-khafilah dengan perniagaan mereka.
Malah selepas 400 tahun, Petra menjadi kota dominan yang mana kawasan takluk mereka sehinggalah keutara Damascus dan dikota Petra dipenuhi dengan kuil-kuil yang indah-indah ukirannya serta makam-makam serta beribu kediaman dan bangunan perniagaan yang besar yang kini hanya tinggal debu.
Meyelusurin jalan sempit menuju ' Al Khazanah'
Kuil yang paling awal dibina pada kurun 300 sebelum masehi yang menampakan ciri Mesir Kuno dan Assyrian juga pengaruh  Romans dan Greeks yang telah mengilhamkan kaum Nabateans mula memajukan arkitektur mereka yang lebih menonjol. Semua senibina serta struktur pembinaan diukir dari batuan lembut pepasir yang sepatut telah lama hancur atau lenyap tetapi kurang nya hujan dikawasan ini masih dapat kita menyaksikan runtuhan atau tingalan senibina nya.
Pada abad ke 106 masehi, keseluruhan pemerintahan Nabateans telah dikuasai oleh Empayar Roman. Menyaksikan Kota Petra  terus maju dimana pihak Romans pun mula membina bangunan yang ditebok ukir pada gunung-ganang, malah pihak Rom membina panggung -amphi terbuka yang boleh memuatkan 3000 orang.
Kuasa ekonomi dan politik kesemuanya dibawah pentadbiran Rom, dan kaum Nabateans dibiarkan mempraktikan kepercayaan mereka. Apabila Maharaja Constantine's mengistiharkan Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom pada tahun 324 masehi, Petra dan tanah-tanah kepunyaan kaum Nabateans dikawal tadbir oleh Empayar Byzantine selama 300 tahun lagi.
Ukiran tulisan yang dinamakan 'Urn' maqam ada indikasi penduduk Nabateans menukar agama melalui gereja Kristian pada kurun ke-5 dimana sudah ada Bishopric atau ketua padri di Petra. 
Kristinisasi yang datang ke Empayar Roman Byzantine  menjadi titik kejatuhan era " Nabateans" tradisinya yang kian menghilang, budaya yang mula pupus dikota Petra yang indah.
Melalui jalan sempit melihat tinggalan sejarah Petra, Jordan
Bila tertegaknya pemerintahan Khalifah Umayyad pada 661 kawasan sekitar Petra jatuh ketangan pemerintahan Islam dimana kota komersil mula jatuh. Berlaku gempa bumi pada kurun ke- 7 dan kurun ke-8 menghancurkan banyak kota disekitarnya lalu lagi melemahkan dagangan serta infrastruktur ekonomi.Setelah Khalifah Abassiyah  di Baghdad  menerajui daulah negara pada 750 masehi, kawasan Petra dibiarkan dan hampir pupus dari pandangan mata malah dari aspek merekodkan sejarah.Hampir hilang rekod kewujudan nya. Bangunan yang dibiarkan ditelan usia -pada ketika  itu Petra tidak diketahui ramai. Petra tidak lagi dikenali oleh raayat-bangsa luar.







No comments:

Post a Comment